20th day of Ramadhan
17th July 2014
1:29ptg
Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa semua .
Semoga segala ibadah sepanjang Ramadhan ni berjalan dgn baiknya dengan izin Allah . Fasa Kedua Ramadhan pun dah nak menjelma . Mari sama-sama kejar Malam lailatul-Qadr yang ganjarannya bersamaan 1000 bulan :)
Harini saya sungguh tertarik untuk menceritakan tentang solat berjemaah .
" Pehal tetiba pulak ni . Tak pernah-pernah "
Haha . Idea ni datang ketika Iftar di masjid semalam . Ada seorang perempuan membuat saya tertarik untuk membicarakan tentang benda ni ,
FYI , selalunya kalau bukan berada di sekolah , di masjidlah tempat saya iftar bersama keluarga . Dekat masjid tu bolehlah merapatkan ukhuwah sesama sendiri / jiran meskipun masjid yang kita pergi berjauhan dengan rumah . Dan di masjid kita boleh lihat pelbagai kerenah manusia-manusia.
Semalam , aku tengah bersiap-siap membetulkan tudung nak solat Maghrib dekat tempat ambil wudhu . Tiba-tiba masuk seorang wanita lingkungan 30-an dalam keadaan tergesa-gesa , terus ambil wudhu *dah bukak tudunglah kiranya . Aku macam *awkward .
"Dia nak kejar ape ? "
Aku keluar seiring dengan dia . Lama jugak aku betulkan tudung haih . Aku pun berjalan dengan hati yang tenang .Yelah , dalam masjid . Aku pun macam tak hairan imam dah rakaat last . Perempuan yang tergesa-gesa tadi berlari-lari anak untuk masuk ke ruang wanita .Aku pun masuk cepat-cepat .
" Dia cepat-cepat ambil telekung dan pakai . Time tu tahiyat akhir . Dia terus duduk untuk ikut imam "
Aku ? Tergamam . Yelaaahh . Aku boleh duduk relax lagi pakai stokin semua . Dia ? Kejar jemaah .
Maghrib memang tak khusyuk sbb aku fikir pasal perempuan tu je . Betapa dia sangat menjaga hubungan dengan Allah ,
Sejak tu aku rasa betapa indahnya jika tau fadhilat solat berjemaah .Maybe aku tak rasa rugi sebab kat sekolah memang solat berjemaah . Tak rasa rugi sebab nikmat solat berjemaah selalu ada .
Orang selalu buat perumpamaan.
" Kalau diberi pilihan nak pilih RM1000 atau RM27000 , yang mana kita akan pilih ?"
Semestinya RM27000 . Inilah perumpamaan Solat Berjemaah . Subhanallah ;)
Jadi sempena bulan yang mulia ni banyak2lah pergi masjid. Bulan Ramadhan banyak masa terluang :)
Waktu ni je kita boleh perbaiki diri ;)
Sekian ;)
No comments:
Post a Comment